Followers

Saturday, September 8, 2012

Between boyf and friends

#Hi Si Pembaca

Siapa aku sebenarnya? Apa yang aku nampak sekarang aku seorang yang sangat mementingkan kawan daripada semua benda. Mungkin aku dilahirkan sedemikian. Dari dulu sampai sekarang apa sahaja pasal kawan aku sanggup buat. Sampai satu tahap mama marah aku sebab aku sikit sikit kawan, sikit sikit kawan sana kawan sini. Macam kawan tu bawak ke kubur. At the end bergaduh dengan kawan. Okay itu normal. Aku memang selalu menjadi mangsa keadaan kalau bab kawan. Disebabkan itu kawan perempuan aku tak seramai kawan lelaki aku. Mama boleh kira dengan jari berapa ramai kawan perempuan aku yang real dan kawan perempuan tu kenal mama. Sampai satu tahap mama cakap aku ni tade kawan perempuan langsung  --' LOL

Nak cerita pasal kawan sampai lebam pun tak habis sebenarnya. Teringin nak cerita pasal pengalaman berkawan. Aku memang melebihkan kawan dari semuanya kecuali family.

1. Family
2. Friends
3. Boyf etc

Kenapa aku sampai listkan macam ni, okay look like aku meletakkan seseorang yang aku sayang pada tingkat bawah. Dulu sampai menipu ex boyf aku sebab kawan. Patut ke dia suruh aku tak tegur kawan aku hanya sebab die tak suka tengok aku berkawan dengan lelaki. Jeles? Boleh masuk akal, but aku manusia yang suka berkawan. So aku tak suka orang nak melarang aku berkawan dengan siapa. Aku suka spent time masa dengan kawan-kawan sebenarnya. Terasa keseronokan dunia dan tak semestinya bila dengan boyf tak rasa. Bila dengan boyf nikmat 'syurga' mungkin lah. Wtv. Aku tak tawu macam mana nak jelaskan sebenarnya tapi bagi siapa yang dah lama kenal aku dia tahu lah aku macam mana bila berkawan. Aku boleh lupa semuanya. Sumpah. Memang agak berisiko bila ade hubungan dengan aku sebab aku lebihkan kawan daripada orang lain sebenarnya.

Apa yang aku terkilan dekat sini jangan pertikaikan bila aku dengan kawan kawan seolah olah aku lupakan kau. Yee mungkin silap aku, tapi tak semestinya aku tak sayang kau dan anggap kau tak penting dalam hidup aku. Kalau kau tahu aku sangat bencikan hubungan yang berkrisis ni. Dan selalunya masalah datang daripada aku sendiri. Aku yang perlu adapt dengan cara kau atau kau yang perlu faham aku atau both sebenarnya? Entahlah, orang selalu pesan salah orang jelas mata kita, namun salah kita sebaliknya. Aku bukan nak menang atau nak menegakkan benang yang basah tapi aku harap ada yang cuba nak faham situasi aku. Aku bukan abaikan kau untuk selamanya, just a few second or maybe an hour for me nak spent time dengan kawan kawan. Bukannya aku lupakan kau selamanya.