Followers

Thursday, August 11, 2016

Pengalaman berpantang.

#Hi Si Pembaca

Lepas je berhempas pulas meneran Sarah Aulia, ini lah masa mami untuk berehat. Ada orang lepas melahirkan dia akan tidur. Tp aku entah kenapa gigih main whatsapp haha LOL! So aku pilih untuk berpantang rumah mama plus mertua aku pun jaga kakak ipar yang second pun tengah berpantang. Macam berjanji kan kitorang nak beranak and pantang sama. Hiks! Berpantang dengan orang lama memang la seksa oiii. Segala macam kena pakai. From head to toe. Katanya ini tak bole. Katanya itu tak bole. Berurut aku cuma amek 3hari sekali dengan mandikan baby total price lupa ok sorry haha. Kalau nak pm tepi lah ye. Such a friendly person and banyak juga tips dia bagi. Sumbat telinga dengan biji lada hitam tanak bagi dengar benda bukan bukan. Then sapu pilis milis tanak meroyan and so on.

Pengalaman Aulia Jaundice ;
Sekejap je Aulia kene kuning. Misi sampai rumah cakap ada slide yellow something like that. And Aulia pun beradu sepanjang hari. Aduh aduh sayang parah lah cenggini. Disebabkan aku malas nak tunggu turn klinik yang lama, jadinya aku pergi emergency walau tak emergency pun case aku ni. Tp aku sendiri yang attend anak aku as a patient. Haha, aku lagi percaya diri aku untuk cucuk anak drpd suruh kwn sendiri. Result TSB Aulia border line 11. After that pergi klinik 12.2. Selang dua hari 12.4. Kemudian last kopek 9. Okay sila berehat dirumah. Tips turunkan kuning yang aku buat is susu badan tu adalah perkara utama yang disekolah warga kesihatan la kan. Bagi baby berak kencing berak kencing. Kalau baby tidur tak minum susu mcm mana nak berak kencing. Haaaa maminya yang terkencing kencing. Kejutkan Aulia dah la susah. Pernah satu hari tu dia selalu kalau kacau kejap je bangun. Tp bahana kuning melanda terus tidur haha. Jadinya aku minum air sengkuang cina and aku bagi baby minum air masak yang dicampur dgn halwa kundur. Bagi by bottle susu la kan. Ada orang ckp bg anggur hitam. Pun aku bg jugak tp pada hasilnya aku perasan since minum air sengkuang tu la.

Mana nak dapat air sengkuang? Dekat kedai beskal hahahaha. Okay just kidding ngeh ngeh. Dekat 7E ada dkt Petronas ada. Alaa yang jenama Seasons tu macam air soya, cincau semua tu. So sebelum susukan baby pergi minum dulu. Panaskan dalam microwave. Masuk dalam cawan dulu la. Kalau tak meletop microwave mak hang! Sebabkan nanti minuman tu akan proses jadi susu so that baby dapat nutrien utk hilangkan kuning. Tp jangan melampau la nak minum galak sangat nnti bentan pulak.

Nanti mami sambung update ye. Toodles!