Followers

Tuesday, July 31, 2012

Salam Ramadhan

#Hi Si Pembaca

Aku sedar agak kelewatan di sini untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak tapi apa yang pasti , ade segelintir dalam kalangan kita yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawasanya kita berada di dalam bulan ramadhan yang penuh berkat. Selama ni aku celebrate puasa dengan family. Bersahur, berbuka semuanya dengan family. Even duduk asrama dulu pun still weekend dengan family. Lepas tu kalau dekat hostel ade makanan untuk buka and sahur. Tapi kali ni jauh sekali dan ni first time aku lalui kehidupan berdikari. Dekat sini cafe pun tade, so masak sendiri lah. But so far baru hari ni aku memasak sebab kekurangan barangan dapur. InsyaAllah lepas raya makin bertambah dan lengkap lah kehidupan dalam sesebuah rumah.

Aku tawu agak lama aku tak cerita dekat sini sebab sebenarnya sangat sebok kehidupan di sini. Until now aku masih rasa kepenatannya. Nak study ? Hmm so far belum lagi bermula walhal midsem lepas raya ni. Hmm, agak risau sebenarnya sebab subject dekat sini totally aku tak pernah belajar. Ada pun basic science. Tapi dah lama kot aku tinggalkan menda alah tu. Apa yang kukuh dalam ingatan adalah kelas syariah aku tu. Nampak macam kelakar tp itulah hakikatnya. Tapi walaubagaimanapun aku cuba melakukan yang terbaik. Sebab ni yang aku mahukan.

Dalam bulan puasa ni jugak aku hadap satu dugaan yang terlalu besar. Aku kemalangan, eeuwww macam pelik je. Okay aku excident :D Nak cerita ke macam mana ? Sumpah aku malas, sebab setiap kali aku meluahkan perasaan dekat kawan aku, mesti aku cerita the whole story. Well you know me, aku ni memang story telling tak berbayar. Aku excident pun semalam sebenarnya, aku dengan 3org lagi kawan aku okay. Just kereta ade kemek sikit. Alhamdulillah, Salah sorang daripada kawan aku tolong aku.

Habis kelas tadi aku dengan dorang semua rushing pergi rumah sorang polis. Hai hai haii, he's Dato' k. Agak gerun aa bila nak face dengan polis even bapak sendiri pun polis. Sebab tu aku tak cerita pun dekat bapak aku. Pandai buat pandai jaga lah. Then lepas cerita dengan Paklong and Maklong , paklong cakap dua dua salah sebenarnya. Fuhhh bertambah lega lah aku. Kalau tak, jadi mcm semalam. Tak tenang hidup sampai tak pergi terawih :D Haaa, polis tu bahasakan diri dia paklong maklong. Tapi polis tu dah pencen. Pangkat agak tinggi lah. Err bukan agak lagi. tapi mmg tinggi pun. Paling lewat pun esok atau lusa.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Bersyukur. Lepas ni perlu lebih berhati-hati k :) Biasalah , jalan yang kita tak biasa mmg kekok sikit. So far semua kenderaan aku dah excident. Basikal dah, motor dah, kereta pun dah. Lengkap kitaran roda aku :D

Okay, selamat berbuka :)

Thursday, July 12, 2012

Imma A Barefoot Doctor

#Hi Si Pembaca

Kepada kekanda yang save link blog aku tapi sayangnya aku tak berbloggie harap maaf kerana kesalahan adinda tidak menghapdate apa yang seharusnya di update. Bukan adinda sengaja tapi adinda terlalu sibuk di sini harap maklum. Namun hari ni adinda meluangkan sedikit masa untuk berbloggie agar kekanda bisa mengetahui perkembangan adinda mu ini PUIHHHH :3

Orientasi dah seminggu berlalu dan rasanya rare habis and tade lah macam penat sangat pun. Nama pun orientasi so macam normal lah. Untung sebab aku pernah duduk hostel mase form 2 until form 4 dulu at least aku tahu how the way junior nak survive life dekat hostel and how the way junior nak berkenalan dengan senior kan. And so far aku tade lah pressure pun. Just a bit ignore dekat phone je. Sorry kalau aku tak reply text korang and tak call sebab so far aku sentiasa silent phone. The best part mase majlis penutupan orientasi Kumpulan 81. Aku menari tarian Inang. Like seriously aku dah lama tak menari, apatah lagi tarian Negeri Sembilan sebab tarian ni aku buat masa darjah 3 okay. Berapa tahun aku tinggalkan ni ? Last menari pun form 1 tu pun mase dekat SMK Bukit Baru sebelum masuk SMK Tinggi P Melaka.

Persekitaran so far so good :) Cuma penat sebab sini tade cafe so kalau nak makan kene keluar ke Rasah sambil berjalan kaki. Dan untuk pengetahuan anda semua rumah saya di atas bukit dan tingkat empat. Aku rasa aku tak boleh gemuk sebab hari hari bersenam. Malangnya tadi masa mama dengan abah datang, dorang cakap aku dah berisi sikit. Pipi aku nampak naik :O Betul ke ? Hmmm, sebab dah lama tak jumpa kot, tu yang nampak lain. Apa yang aku nak cakap , aku dekat sini makan memang tak berhenti pun.

Untuk kawan-kawan yang nak tawu jadual harian aku tu okay aku bagitahu. Start class pukul 8 pagi, tapi 7.30 pagi dah keluar rumah dah. Then duduk di bawah air-cond sekaligus di bawah kipas --' Kesejukan yang melanda dan terima kasih kepada si bekas kekasih oppss bekas ke? Declaire pun tak pernah okay, thanks for the sweater, sedikit sebanyak membantu aku dikala kesejukan sementara nak tunggu tempahan jaket. Okay then recess pukul 10am-10.30am . Lepas tu sambung class sampai pukul 12.00pm. Lunch 12.00pm until 2.00pm kemudian sambung class lagi sampailah pukul 5.00pm :) Just nice, dan aku rasa dari dulu sampai skang kedudukan aku dalam kelas mesti duduk belakang. Dont know why, tapi no worries aku tak texting addicted infact aku jajan addicted kot :D Mengunyah tak berhenti weyh --

Weekend ni aku ade Malam Mesra Back to 80's dengan Semester 2 Kumpulan 80. Wuwuwuwuu tak sabar sangat. and for the second time aku menari agogo pulak :3 Rasa macam heaven nye dapat joget-joget gedik-gedik. Jenis batch aku pulak ramai yang sekepala. Nice lah tu. Kalau dekat Kulai aku ade kawan muka macam retis, dekat sini pun ade weyh. Lelaki ade yang Pitbull lah --' yang macam Shahir, yang macam drummer Estranged and so on lah.

Okay guyss sampai sini je okay. Baju tak iron lagi. InsyaAllah bila ade sesuatu yang menarik aku ceritakan dan aku akan upload gambar mana yang patot :)