Followers

Thursday, July 16, 2015

Shopping time

#Hi Si Pembaca

Sehari sebelum nak raya bukan main baru nak pulun shopping kan. Sebab semua orang tahu hujung hujung ni lah sale kemain kan. Cuma rezeki masing masing lah ada saiz ke tak. Untuk si pendek ni memang kirim salam je la kalau last min ni nak cari size XS. Memang simpan dalam mimpi je la deknon oi. Jadi untuk dua hari lepas aku jadi personal assistant untuk tiga orang dalam satu masa and at last barang aku satu pun tade. Kesian kesian kesian --'

Mulanya temankan my lil sis in law cari kasut and seluar dia. Wah aku macam yeye bagi pendapat itu ini tapi seronok bila tengok orang dengar pendapat kita. Haha, then aku temankan adik aku beli kasut dia pulak. Dalam masa nak tunggu budak dua ni pergi bayar. Yela beratur panjang bak anggg! So aku lari temankan husband aku pulak cari seluar dengan baju dia.

Letih yang amat taw dengan sesak di lautan manusia. Persoalannya mana barang raya aku? Krik krik krik.

Rafeque | Fify Kasim | Fify Zaki | TirahJ
 Dalam sesak dek manusia nah kau aku jumpa jemah jemah ni. Kemain bising lagi macam jusco tu sendiri punya kan. Alaa dapat jumpa sekejap pun jadi lah daripada tak jumpa langsung. 

Little Power Puff Girls

*Abang perut sorok sikit please 

Wednesday, July 15, 2015

Eid Around The Corner

#Hi Si Pembaca


Ramadhan berlalu dengan sekelip mata. Tak tahu dekat mana orang rasa tak sabarnya nak raya sedangkan aku seolah-olah baru nak mula rasa permulaan puasa. Bahang raya tu macam kurang sikit. Mungkin sebab tak hadap tv sangat or mungkin lagu raya kurang aktif macam dulu kala. Tak kesah lah macam mana mungkin sekali pun yang penting raya kali ni bukan di kampung halaman sendiri infact beraya kampung suami. Macam mana rasanya? As a menantu i dont think so dapat peluang nak duduk relaks kot. Kita bukan budak budak kecik yang salam nak duit raya and bukan abang abang sado nak lepak lepak sepam dua. So that tak payah nak melaram sangat. Dapur la jawabnya. 

Lain rasanya raya kali ni sebab first time kan beraya tanpa keluarga sendiri. Kali ni kurang gambar dalam album family. Wuarghhhh ! Pity myself. Banyak perbezaan raya sebelum ni dengan yang sekarang. Selalunya kita yang menadah tangan terima duit raya, but this time aku yang menghulur duit raya untuk anak anak buah sepupu sepapat. Then selalunya aku akan pack barang aku sendiri. Tapi kali ni barang suami pun nak kene pack sekali haha, kadang rasa lawak pun ada. Tak sangka se-drastik cenggini perubahan yang berlaku dalam hidup. As long perubahan ini membawa ke arah kebaikan aku chillax. At this moment aku kene pastikan theres no barang yang tertinggal. Selalunnya mama yang bawak kan selimut and aku cuma bawak my teddy bear. But not at this time. No teddy bear haha, (my husb selalu campak teddy bear atas almari once dia nampak aku peluk) Dengki ke jeles ke tak tahu lah kan.

So since dah siap packing barang. Cant wait nak lawa lawa on pagi raya is it ? Wehuuuuu, alang alang ni nak ucaplah SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN . 

Friday, July 10, 2015

Inner Neck Murah

#Hi Si Pembaca

Im looking for good inner neck. Puas dah pergi vendor butik, pergi bazaar and puas jugak follow ig shop. Kebetulan dah nak raya ni kan mesti tengah sale teruk. Lagipun my husband bising. Kata dia tade ke inner yang labuh tutup leher. Yela sometimes kita pakai shawl or tudung maybe jarang maybe terbang sana sini so ternampak leher kan. Memang ade inner yang ninja tu tp muka nampak weirdo haha. Okay memilih sikit actually. Lagi pun aku nak mencari inner yang labuh yang praktikal which is bukak je shawl dah macam inner tu jadi tudung sarung. Since dah kahwin ni aurat lagi lah kene menjaga kan.(Sebelum kahwin pun kene jaga jugak). Sebelum kahwin tak pernah nak take in care sangat, tahap kesedaran belum nak sampai maybe. Takkan travel nak bawak banyak banyak tudung. 

Jadi jalan penyelesaiannya aku dah jumpa. Dari dulu sampai sekarang ni aku teringin nak masuk Galeri Ariani. Yelah dia punya femes siapa je tak kenal kan. Sementara tengah sale ni and tengah gaji cuba jugak lah masuk. Bila je masuk aku punya terpegun tengok harga memang SALEEEEEEE!!!! Aleleleleleeee, lalu aku pun berhuhuhuhu. Sebagai langkah berjaga-jaga aku beli sehelai dulu. Lepas tu balek terasa ralat pulak. Sebab first materialnya sangat lembut dan sejuk. Second harganya sangat murah iaitu RM25. Third, ini lah inner neck yang aku nak. Boleh jadi inner and bole jadi tudung sarung terus bila bukak shawl. Sangat satisfied. Masuk kali kedua aku datang terus aku shopping sampai tiga helai mengikut colour shawl yang aku dah beli. Memang in love sangat ! My husband pun "kenapa tak beli dua?" Haha dia tak tahu aku dah borong banyak. 

Cuba kita buat perbandingan. Bila kita rajin survey banyak tempat kita boleh bandingkan harga dengan materialkan? Aku terjumpa inner scarf RM25 tapi tak tutup leher but dekat Ariani boleh dapat inner neck tutup leher dengan harga RM25 jugak. Ariani pun ada inner yang macam snow cap tutup rambut dengan harga RM10. So conclusionnya Ariani ni tade lah mahal sangat daripada apa yang aku fikir. Hehehe, so maybe kalau nak beli inner memang aku serbu Ariani jelah kot. Korang pun kalau nak padankan inner dengan shawl boleh lah datang Ariani. Wahh promote pulak dia. (Pssttt, act aku dah list down kan mana colour mana yang nak beli lagi hehe

Turqoise Green
Grey
Black

P/s;  Jadi ini lah antara bentuk muka bila dah pakai. Jadi selamat membeli belah ! So tade lah husband bising inner neck pendek lagi hehehe


Thursday, July 9, 2015

tak ada tajuk

#Hi Si Pembaca

Hectic day. Okay, as usual bangun pagi. Pagi sangat, waktu bangun ala-ala anak dara punya zaman kan. Sebab aku tahu kalau aku bangun awal pun doktor still tak habis round wad. Jadi aku bagi peluang mereka menghabiskan masa dengan patient lain(padahal sendiri malas nak gerak awal). So sampai dekat hospis rasa nak gaduh dengan guard sebab tak bagi masuk laluan staff (i forgot to bring  my pass) pass lah sangat, kad matrik masa praktikal ada lah. At least tade lah kena panjat tangga jauh jauh kan. Lol, okay bawak bersabar.

Sampai wad want to see atuk and atuk tidur. Okbye --' Haha. Senang update blog. Actually today ada Hemodialisis Visit (HDVisit) which is relative patient kene dgr penerangan sebelum pasang fistula. Yelah, atuk skang ni on hemo by IJC (intra jagular catheter) *typo here and there cause im not so sure dengan spelling IJC. Not Infant Jesus Convent k, tu nama sekolah. So misi cantik cakap HDV dalam pukul 2PM macam tu. After tukar linen and baju atuk and all that aku rasa sempat nak carik ubat untuk atuk. Ke hulur hilir aku dibuatnya.

Pergi farmasi sini cakap tade, pergi farmasi sini dia cakap dekat sana. At last aku pergi dekat Pusat Hemodialisis terus sebab i know dorang ade ubat tu on hand. Immediately dorang bagi with cold chain bag. So cute ! Sebab that bag colour pink, tu je and dalam masa berbual dengan staff dekat sana ada dorang syak aku ni medical staff jugak. Aku pun amek kesempatan tanya ada kerja kosong tak hiks!

Yelah, masih searching for part time job. Tak tahu apa kerja yang sesuai or maybe too demand kot. Sementara staff tu cakap hantar je resume mana tahu rezeki. Well, who knows kan? Lagipun memang tengah cari kerja yang relate dengan future aku nanti. Tapi kesian jugak dengan kedai gambar, hari tu beria aku hantar borang tapi sampai skang tak masuk kerja pun. Dia pun tak call kan, so buat donno sudehhh. Doa doa lah dapat kerja sementara memang nak dapat kerja. Tak sedap betul hidup tade gaji ni.

Memang lah dah kahwin and ada yang dah tanggung but my husb ada keperluan dia jugak and me too. Lagi pulak im not the type yang i want this i want that by your money. Err, still have this kind person? Simpang malaikat tau. (im just saying). Okay esok sambung part time praktikal sem seven. Haha, orang lain praktikal sampai sem six aku ade extra. Alaa atuk sendiri kan, why not.

p/s; HDVisit tak jadi pun tadi, kene postponed esok LOL

till fingers meet keyboard.

Wednesday, July 8, 2015

im back

#Hi Si Pembaca

Cuba buka previous post dengan yang latest post. Berapa dekad aku tinggalkan ini laman sosial. Dulu janji bukan main nak keep in touch, keep update and bla bla bla. Tapi tu lah sejak ada hobi makan semut terus menjadikan aku seorang yang pelupa.

1. Lupa nak bagitau yang kita dah habis belajar
2. Lupa nak bagitau yang kita dah kahwin
3. Lupa nak bagitau yang kita dah tade Fb, Twitter, Wechat, and etc la.

Okay senang kan nak buat post. Ini kira rumusan jelah dulu. Sebab kadang kita tak boleh nak paksa idea kita keluar muntah macam tu je. Relakss, since aku dah save emel and password inshaAllah tak lupa. (semoga tak lupa). Andd since dah tade media sosial lain maybe keep update lah kot. Kot lah, kau hingat aku goyang kaki dekat rumah nak hadap bende alah ni dopolohempatjam? Hiks, tapi i bet you kalau dah start mula menaip dia macam gian. Tengok lah lepas ni ye. Okbye