Followers

Friday, July 10, 2015

Inner Neck Murah

#Hi Si Pembaca

Im looking for good inner neck. Puas dah pergi vendor butik, pergi bazaar and puas jugak follow ig shop. Kebetulan dah nak raya ni kan mesti tengah sale teruk. Lagipun my husband bising. Kata dia tade ke inner yang labuh tutup leher. Yela sometimes kita pakai shawl or tudung maybe jarang maybe terbang sana sini so ternampak leher kan. Memang ade inner yang ninja tu tp muka nampak weirdo haha. Okay memilih sikit actually. Lagi pun aku nak mencari inner yang labuh yang praktikal which is bukak je shawl dah macam inner tu jadi tudung sarung. Since dah kahwin ni aurat lagi lah kene menjaga kan.(Sebelum kahwin pun kene jaga jugak). Sebelum kahwin tak pernah nak take in care sangat, tahap kesedaran belum nak sampai maybe. Takkan travel nak bawak banyak banyak tudung. 

Jadi jalan penyelesaiannya aku dah jumpa. Dari dulu sampai sekarang ni aku teringin nak masuk Galeri Ariani. Yelah dia punya femes siapa je tak kenal kan. Sementara tengah sale ni and tengah gaji cuba jugak lah masuk. Bila je masuk aku punya terpegun tengok harga memang SALEEEEEEE!!!! Aleleleleleeee, lalu aku pun berhuhuhuhu. Sebagai langkah berjaga-jaga aku beli sehelai dulu. Lepas tu balek terasa ralat pulak. Sebab first materialnya sangat lembut dan sejuk. Second harganya sangat murah iaitu RM25. Third, ini lah inner neck yang aku nak. Boleh jadi inner and bole jadi tudung sarung terus bila bukak shawl. Sangat satisfied. Masuk kali kedua aku datang terus aku shopping sampai tiga helai mengikut colour shawl yang aku dah beli. Memang in love sangat ! My husband pun "kenapa tak beli dua?" Haha dia tak tahu aku dah borong banyak. 

Cuba kita buat perbandingan. Bila kita rajin survey banyak tempat kita boleh bandingkan harga dengan materialkan? Aku terjumpa inner scarf RM25 tapi tak tutup leher but dekat Ariani boleh dapat inner neck tutup leher dengan harga RM25 jugak. Ariani pun ada inner yang macam snow cap tutup rambut dengan harga RM10. So conclusionnya Ariani ni tade lah mahal sangat daripada apa yang aku fikir. Hehehe, so maybe kalau nak beli inner memang aku serbu Ariani jelah kot. Korang pun kalau nak padankan inner dengan shawl boleh lah datang Ariani. Wahh promote pulak dia. (Pssttt, act aku dah list down kan mana colour mana yang nak beli lagi hehe

Turqoise Green
Grey
Black

P/s;  Jadi ini lah antara bentuk muka bila dah pakai. Jadi selamat membeli belah ! So tade lah husband bising inner neck pendek lagi hehehe