Followers

Tuesday, April 12, 2016

Pengalaman Mengandung Anak Sulung

#Hi Si Pembaca

Sementara ada kelapangan ni, tiba-tiba teringin nak share pengalaman pregnant, bersalin and berpantang. Saja nak bercerita bukannya apa pun. Ada aku k? Hewhew,

Mase first trimester memang macam nak gila. Haruslah kan, mabuk dia mengalahkan orang mabuk arak kahkah! Bila fikir balek dapat tahu pregnant lepas sebulan. Masa dalam tempoh sebulan pregnant tu taknak pulak mabuk mual bagai. Bila je dapat tahu pregnant terus start mabuk LOL! Ada fact yang mengatakan kalau kita mabuk teruk menunjukkan baby dalam perut tu might be pandai and posibility untuk keguguran pun tipis. Dia punya mabuk tak payah cakap lah, setiap pagi wajib muntah kuning. Apa yang dimakan semua keluar balik sampai loss weight kaw kaw kot. Pergi klinik dah lah terpaksa, terpaksa okay. dua minggu sekali. Alahai genyah dan penatnya. Dapat pulak iron tablet, obimin and all that vitamin kononnya nak tambahkan darah merah. Well, aku ni pengidap anemia tegar haha infact talasemia minor pulek! Omg omg omg, doc pun cakap if talasemia Hb memang susah lah nak naik. So what for aku take all the medication kan. Opps! Bukan macam tu, sebabnya bila aku amek semua medication tu ianya cuma menambahkan mabuk aku. Macam - macam cara dah cuba, cuba makan sebelum/selepas makan or tidur dan semuanya enggak berhasil dong. Jadinya nak daripada melemahkan badan aku sendiri aku ambil langkah dengan menggantikan makanan lain.

Second trimester Hb getting low and simptom anemia mula la kacau. Just imagine even aku duduk pun aku bole rasa nak pitam *sigh. To be honest memang everyday aku hentam jambu batu sebab nak tambah Hb punya pasal. and end of second trimester dah mula rasa baby kick. Sangat teruja kot masa tu. But Alhamdulillah aku tade garis rekahan bila perut makin besar *hiks. Ada istilah nama rekahan tu tapi aku lupa pulek hahaha. Berat badan Alhamdulillah jugak semakin bertambah. Selera makan punya lah macam naga siot. All the time mengunyah. No wonder lah baby keluar semangat ngeh ngeh. Bout preparation pulak tak banyak actually. Beli barang baby secara berperingkat, jadinya tade lah terasa sangat duitnya keluar. Membeli pun ala kadar saja sebabnya nanti baby keluar ramai orang datang bagi hadiah kan. So engkorang dah jimat dekat situ. Better engkorang beli barangan yang orang jarang bagi such as stroller ke (stroller pun aku orang bagi) car seat ke, (pun orang bagi) haha breast pump ke (ok beli sendiri) haha.

Third trimester. Bila sampai je hujung hujung ni actually aku tak berapa nak prepare taw. Even mental or fizikal. Rasa macam nak pregnant all the time je kuikuikui sebabnya takot nak bersalin woi. Tapi sometime terasa tak sabar jugak nak tengok muka baby. Bercampur baur la perasaan tu especially husband aku lah yang paling paling tak sabar nak tengok baby. Lagi pulak aku ni jenis keluar masuk wad. Like seriously MC aku berlambak siot . Oh ya yang pasal aku Hb low tu kan, bila dah last trimester ni Hb still low. The moment bila tengah duduk dengar ceramah aku rasa nak pitam so aku pun balek ke tempat kerja aku sekali pitam. Nasib ade ade doc Yuki haha yang tolong aku. Muka dia lagi panic dari aku terus dia antau aku ke red zone. Tak memasal tengah kerja admit ward. LOL! Onthespot tranfus blood tapi still tak jalan jugak Hb aku. Mase aku per-syncopal attack tu Hb aku 7.7, after tranfus blood 7.8. APAKAH? At the end plan untuk infus venofer. Engko bayangkan vein aku ni semua dah habis ditebuknya sebab ubat ni high alert medication and kene infuse about 5times. *sigh Anak punya pasal kan so aku pun kene gagahkan diri lah. Alhamdulillah naik jugekla bout 9-10 Hb aku tu.

Jadi kalau rasa nak mengandung tu memang kene ada macam - macam persediaan lah. Sebab aku dah mengalaminya so rasa ianya pengalaman yang sangat menyeronokkan especially part kau mengidam. Hewhew, sungguh rare bila engko nak makan sukun mase 3 month pregnancy tapi buah sukun that time bukannya musim, Engko rasa? At last masa 4/5 pregnancy baru dapat merasa. Alhamdulillah dapat macik pacik belah suami yang gigih carikan sukun. Tapi aku ni ade perangai jugak. Sampai nak ke beranak macam macam aku nak makan. Dan mungkin sebab pregnant baby girl tetiba terajin pulak dekat dapur buat kuih muih. Bukan sebelum ni tak rajin tapi kali ni terover sampai semua resepi yang tak pernah nak buat , nak dicubanya and semuanya berjaya siap buat jual hokeyh! Dapat jugak buat duit tepi jual brownies, congo bar, try buat scones and all that. Gigih tak gigih aku. Dari rumah mama sampai ke rumah mertua aku jahanam dapur dorang aku kerjakan muahaha.

Jadi uolls yang pregnant and bakal pregnant and yang nak 'habis' pregnant all the best!