Followers

Thursday, June 21, 2012

Medical Checkup

#Hi Si Pembaca

Pagi-pagi dah bangun sebab aku ingat boleh lah dapat tempat terawal nak buat mc ni sume. Tapi tanggapan aku salah sebab rupa-rupanya pagi lah lagi ramai orang -.- Gila bapak ramai k dan aku sangat terperanjat. Kalau hari-hari gila ramai patient macam mana bila aku dah dapat title tu ek? Confirm tension gile weyh :/ Mula-mula aku pergi Klinik Kulai Besar yang sebelah Hospital Kulai tu tapi malangnya dia tolak dekat Klinik Bukit Liki sebab rumah aku beralamatkan Lagenda Putra yang hujung dunia tu. Aku selalu cakap rumah aku hujung dunia. Kenapa? Sebab hmm korang kalau nak pergi negeri lain lalu highway kan? Lalu tol kan? Tol jauh kan? Dekat hujung dunia kan? Haaa rumah aku boleh tahan la dekat area tu. Tapi aku bukan nak cerita pasal rumah aku.

Then , aku terus pergi Klinik Bukit Liki. Mak aihhh -.- Ade kematian ke apa sampai kereta parking dekat luar haa? Rupanya orang memang ramai. Apa semua ni sebenarnya, ramai nye orang sakit. Masuk je dalam sampai berdiri semua orang tunggu giliran. Ni mesti kes klinik kerajaan murah kan? Kedekut jugak korang ni ek hewhew. Aku tanya lah kaunter tu, pun dia tolak -.- Dia suruh pergi daftar dulu baru pergi buat checkup. Tp berdasarkan syarat kemasukan masa daftar mesti bawak rekod kesihatan. Aku jadi confused macam mana aku nak buat ni hmmm +_____+ Lama aku fikir then last choice pergi klinik swasta. Mahaii, see aku pun kedekut kot. Mahal dia bukan 50 60 tapi ...... Sebelum tu aku ade jengah satu bilik doktor ni. Dekat pintu bilik tu tertampal "PEN PEGAWAI PERUBATAN". Tapi lelaki dan orang panggil dia 'doktor'. Ehh  aku doktor ke nanti ?

Pergi Klinik Adham dekat terminal tu, bincang-bincang sume pun tak boleh jugak sebab dekat klinik tu tade x-ray . Xray dekat Klinik Adham Senai. Nanti keputusan pun hantar Kulai balik. So dah take time kan. Ahhhh aku makin serabut, tapi aku cool lagi. Tanya harga dia cakap RM102. Ouh okay lah kot. KOT....

Mama suruh pergi klinik yang dekat Taman Mas tapi aku tak sure nama klinik tu. Doktor tu tolak sebab dia doktor lelaki. So some part dia tak boleh nak cek macam pemeriksaan payudara and so on lah kan. Takut gangguan seksual pulak hahahaha...Then call mama bincang-bincang at last pergi jugak aku dekat Klinik Adham Senai tu, before that balik rumah dulu amek duit sebab dalam purse aku tu cukup-cukup untuk belanja diri sendiri minggu ni. Dah sampai sana tu aku tanya berapa harga dan dia cakap RM250 :O Makk kak jemah ! Gila bapak mahai -.- Kalau bukan sebab masa depan tade nye aku nak buat semua ni k. Serious :/ Nasib duit boleh backup. Balik rumah mesti claimed dgn abah. Mesti hahaha....


Dan ini lah hasilnya. Ni amek darah, mula-mula aku pun macam eh macam mana ek amik darah ni hmm :/ Dah kene lahai tak ade pun, hee jakun lah jugak sebab aku tak pernah amik darah. Mase kecil-kecil pun aku kene enjet je kot. Tu pun meraung macam budak-budak. Memang masih budak-budak pun kan . Fuhh lega aku lepas semua dah siap tinggal tunggu result jumaat atau sabtu .

Kad bank dah siap, medical checkup dah siap, tinggal barang-barang keperluan :)